Yaya dan Kacang Hantu

SKU 9789813261853

$16.35

Shipping calculated at checkout.

"Walaupun Yaya dan Zainah tidak berada di dalam kelas yang sama, mereka tetap gembira dapat makan dan bermain bersama-sama pada waktu rehat. Mereka sangat rapat. Kalau Lan si kacang hantu datang menganggu Yaya, Zainah akan menghalangnya. 

Namun pada satu hari, Zainah hilang! Kasihan Yaya. Dia kehilangan kawan baik, bahkan dia dibuli oleh Lan dan budak-budak lain, sampai dia difitnah. Malangnya, percubaan Yaya untuk menghentikan gangguan Lan membuat si pembuli tambah berdendam! 

Semasa Yaya cuba mengelak daripada Lan yang mengejarnya, dia terjumpa pondok yang aneh. Yaya tersalah langkah dan dia terperangkap! Apakah yang tersembunyi di kawasan pondok itu?"